A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

Tentang Kami

Kitar Semula: Nestle Didik Wanita

Utusan Online

TUGAS memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab yang harus dipenuhi oleh setiap individu tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit.

Tidak semestinya seseorang itu perlu tampil sebagai aktivis atau pejuang alam sekitar, memadai sekadar menjadikan diri sendiri sentiasa bersikap mesra alam.

Malah sikap sebegini boleh dipupuk sedari awal iaitu bermula dari rumah sendiri-apabila anak-anak dididik agar menghormati dan mencintai persekitaran yang bersih dan sihat.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan, Wan Ramlah Wan Ibrahim mengakui, antara individu yang paling berperanan penting dalam usaha menyedarkan mereka ialah wanita khususnya yang bergelar ibu dan isteri.

``Sumbangan paling kecil yang hanya bermodal sedikit kemahuan dan kesedaran termasuk dengan menukar tabiat pembuangan sampah misalnya, mampu mengurangkan jumlah sampah seterusnya menerima amalan kitar semula,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Pencarian `Green Moms Unite 2003 Nestle', di Restoran Mahsuri, Carcosa Seri Negara, baru-baru.

Majlis anjuran Nestle (Malaysia) Berhad itu bertujuan mengiktiraf usaha cemerlang dan pencapaian ibu-ibu membantu menghijaukan bumi.

Wan Ramlah menambah, ibu yang berjaya bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam memberi kasih sayang dan keperluan asas keluarga, malah pada masa yang sama menunjukkan komitmen dalam usaha memulihara alam sekitar.

Katanya, tanggungjawab yang berat sebagai ibu tidak dijadikan alasan oleh mereka ini untuk mengabaikan tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya seperti melindungi alam sekitar.

``Dengan menunjukkan contoh yang baik ini, anak-anak kita akan berasa bangga dengan komitmen kita sebagai ibu dan isteri dalam menjaga kehijauan alam dan pasti mengikuti jejak langkah kita,'' ujarnya.

Pada majlis itu, seramai lapan ibu cemerlang terpilih sebagai ibu-ibu pelindung alam.

Mereka ialah Chan Swee Yong, Fauziah Ahmad Pakri, Florance Foong Chew, Janet Khoo, Revathi Ramasamy, Ding Siew Lan, Siti Aishah Sueb dan Ch'ng Bee Choon.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Hal Ehwal Korporat Nestle, Tengku Marina Badlishah berkata, aktiviti tersebut merupakan antara usaha Nestle untuk memberi inspirasi kepada golongan ibu memperbaiki kehidupan seharian mereka serta masyarakat.

Menurutya, pencarian itu dianjurkan bagi mengenalpasti golongan ibu yang komited menjaga alam sekitar dengan mengamalkan kitar semula dan inisiatif lain yang menyumbang kepada pembangunan negara.

``Dengan ini ia secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran menerusi ibu-ibu yang biasanya berpengaruh tinggi di dalam rumah tangga mengenai pentingnya memulihara alam sekitar,'' katanya.

Tengku Marina menegaskan, ibu bapa perlu menyemai kesedaran di jiwa anak-anak agar menghargai alam sekitar, seterusnya membantu mereka agar memahami bahayanya jika persekitaran tidak dilindungi.

Mereka yang dipilih katanya, sudah mengorak langkah ke hadapan dengan mencuba untuk menwujudkan persekitaran lebih baik untuk keluarga serta generasi akan datang.

Proses pemilihan pemenang bermula dengan pelawaan membuat pencalonan menerusi surat kepada badan bukan kerajaan (NG0) dan menerusi laman web Mothers-for-Mothers iaitu www.myhome4work.net.

Antara kriteria pemenang ialah jangka masa pembabitan calon dalam aktiviti perlindungan alam sekitar, tahap pembabitan, idea baru dan sejauh mana amalan mereka.

Pemenang juga, katanya, dihakimi dari segi kesan amalan mereka terhadap keluarga, jiran tetangga dan komuniti. Malah pengakuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai komitmen calon terhadap kehidupan hijau turut diambil kira.

Pengasas Mothers-for-Mothers, Chong Sheau Cing pula berkata, demi mengekalkan generasi akan datang, setiap individu perlu menukar tabiat kepenggunaan seharian.

Jika perubahan itu bermula dengan ibu-ibu dan surirumah yang membeli sebahagian besar keperluan rumah tangga, ia secara tidak langsung boleh melindungi kawasan tempat tinggal daripada pencemaran.

Sumber Dari : Utusan Online



E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2010. Semua hak terpelihara.