A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

Tentang Kami

Berita Tentang Kerja Dari Rumah Dari Berita Harian

Kabinet setuju konsep bekerja dari rumah

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju pada dasarnya untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah yang dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan meminta kertas kerja mengenainya dibentangkan dalam tempoh empat bulan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berikutan itu kementeriannya bersama Kementerian Kewangan; Kementerian Pembangunan Usahawan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menyediakan garis panduan dalam semua aspek mengenai konsep itu.

“Cadangan konsep ini, saya bawa ke Kabinet dua minggu lalu dan Kabinet meminta kajian mengenainya disegerakan supaya dipromosikan untuk manfaat wanita, orang kurang upaya dan warga emas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Wanita 2004 sempena Hari Wanita 2004 di sini, semalam.

Sidang kemuncak Wanita itu dihadiri Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, kelima-lima kementerian juga akan menggariskan beberapa pekerjaan dan perniagaan yang sesuai dan boleh dijalankan melalui rumah.

“Kita perlu lihat kategori perniagaan (seperti) jumlah pekerja yang boleh diambil, keadaan rumah, tempat letak kereta dan persekitaran supaya ia tidak mengganggu jiran,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan projek perintis analisis bajet gender di Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Analisis bajet gender ini bagi mengkaji kesan bajet kerajaan ke atas wanita dan lelaki dengan mengambil kira perbezaan kedudukan, peranan, sumbangan serta keperluan antara lelaki dan wanita,” katanya.
 
Sumber: Berita Harian, 24 Ogos, 2004


E-mail This Page to Your Friend
CARI
 

Inginkan kerja sambilan, telekerja? Klik disini.

Kunjungilah e-Store untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan PJ POINT  untuk pekerja di rumah.

Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2010. Semua hak terpelihara.