A network of homemakers and homeworkers
Daftar Profil  Log in to check your private messages  Log Masuk

Bekerja Dari Rumah
 Saya menjalankan perniagaan sendiri secara bebas dengan menawarkan perkhidmatan baik-pulih komputer. Pelanggan saya sering meminta nombor telefon rumah saya kerana mereka bimbang tidak dapat menghubungi saya sekiranya terdapat kes-kes kecemasan. Saya tidak begitu selesa untuk memberikan nombor telefon rumah saya. Adakah saya perlu berbuat demikian kerana saya beroperasi dari rumah?

 Saya merasa cemas apabila memikirkan untuk berhenti dari kerja sepenuh masa saya dipejabat kerana adanya halangan dari segi kewangan. Berapa lamakah perlu saya tunggu sebelum saya boleh memperolehi pendapatan dari perniagaan dirumah saya? Tambahan pula, berapakah jumlah wang yang perlu saya ketepikan untuk membayar bil-bil, sewa rumah, makanan dan lain-lain perbelanjaan sebelum saya boleh berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah saya tersebut?

 Saya terfikir untuk membuka perniagaan saya sendiri yang menyediakan bakeri dan katering untuk majlis-majlis keramaian. Selama ini saya biasanya akan memasak untuk rakan-rakan dan saudara mara, kerana saya suka melakukannya. Saya sentiasa mendapat pujian kerana kesedapan masakan saya. Walau bagaimanapun, saya bimbang mengenai jumlah modal yang perlu saya sediakan bagi memulakan perniagaan saya tersebut. Berapakah jumlah modal yang perlu saya sediakan? Dimanakah orang-orang seperti saya boleh mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan dari rumah saya ini?

 Saya baru sahaja memulakan perniagaan saya sendiri, iaitu bekerja dari rumah. Setelah bekerja diluar untuk jangkamasa yang panjang, saya begitu menikmati kebebasan dan kefleksibelan yang baru sahaja saya rasai. Walau bagaimanapun, saya terkejut kerana mendapati diri saya sentiasa perlu keluar rumah untuk pelbagai sebab – pergi kesana sini, membuat pemasaran, membayar bil – yang mana saya telah tidak meluangkan masa dan fokus yang sepatutnya terhadap perniagaan saya sepertimana yang telah dirancang dahulu. Adakah anda mempunyai apa-apa cadangan atas apa yang perlu saya lakukan?

 Adakah dibolehkan dan nampak profesional sekiranya saya mengadakan perjumpaan bersama pelanggan di ”pejabat” rumah saya?

 Saya baru sahaja memulakan perniagaan dari rumah sebagai pakar runding. Masalah saya ialah ruang bekerja. Isteri saya juga adalah seorang pekerja dari rumah. Kami mempunyai dua orang anak kecil. Kami tinggal dirumah teres satu tingkat. Bagaimana kami berdua boleh bekerja dari rumah dan pada masa yang sama mempunyai ruang untuk “tempat tinggal”?

 Saya telah berfikir secara serius untuk membuka perniagaan membakar roti saya sendiri dirumah. Namun, terdapat satu perkara yang menjadi kerisauan saya dan suami iaitu mengenai orang asing dan tidak dikenali yang akan sentiasa datang kerumah kami dan mungkin menimbulkan bahaya keatas keluarga kami. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini?

 Bagaimana saya boleh mewujudkan imej yang profesional ketika bekerja dari rumah?


 Adakah saya perlu meluangkan jumlah masa yang panjang sepertimana yang pernah saya lakukan dipejabat dahulu bagi memperolehi jumlah pendapatan yang sama? Adakah saya boleh mendapatkan jumlah bayaran yang sama atau pun kurang jika bekerja
dari rumah? Adakah bayarannya akan bersamaan sepertimana semasa saya bekerja dipejabat dahulu?


 Perlukah saya menyediakan peralatan pejabat di pejabat rumah saya?

 Suami saya akhirnya bersetuju untuk membenarkan saya mencuba bekerja dari rumah! Memandangkan kepada pendapatan keluarga yang akan saya sumbangkan akan semakin berkurangan, malah mungkin tidak akan ada langsung untuk beberapa bulan pertama, kami terfikir untuk melepaskan sahaja khidmat orang gaji bangsa asing kami. Kami rasa saya mampu untuk melakukan semua kerja rumah dan menjaga anak kecil saya yang berumur dua tahun. Apa pendapat anda?

 Saya baru sahaja bermula bekerja dari rumah. Walaupun saya begitu gembira menikmati masa dan kebebasan melakukannya tetapi saya tidak lagi secekap sepertimana diri saya yang dahulu. Saya sentiasa diminta untuk melakukan sesuatu untuk keluarga saya dan mengelolakan pelbagai acara bagi sekolah anak-anak saya. Ini telah mengakibatkan banyak kerja yang tertangguh. Saya dapati agak sukar untuk menolak permintaan-permintaan tersebut kerana saya bekerja dari rumah.

 Saya mempunyai profesion sebagai seorang doktor. Saya telah berhenti kerja untuk tinggal dirumah demi kebajikan anak-anak saya. Kadangkala, saya begitu merindui kerja saya tersebut. Saya juga kadangkala rasa sungguh kesunyian ketika dirumah kerana mempunyai ibubapa, suami dan rakan-rakan yang agak sibuk sentiasa dengan urusan mereka. Kebanyakan masa saya hanya dihabiskan dengan anak-anak yang masih kecil sahaja.

Saya masih terus mencuba untuk menyesuaikan diri sebagai surirumah. Saya sayangkan anak-anak tetapi saya begitu merindui kehidupan bekerja saya dihospital dan bergaul dengan orang-orang dewasa. Kadang-kadang saya rasa bersalah kerana berfikiran begitu!. Adakah ini bermakna saya bukannya seorang ibu yang baik?


 Adakah terdapat rangkaian orang yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan bantuan dan nasihat sekiranya saya mempunyai masalah bekerja dari rumah? Dipejabat, saya mempunyai ramai rakan sepejabat yang boleh membantu bila sahaja diperlukan.


 Saya sangat suka membuat alat-alat aksesori perhiasaan pakaian. Selama beberapa tahun, saya telah melakukannya sebagai hobi dan memberikannya kepada sahabat handai dan keluarga. Saya sentiasa diberi pujian diatas hasil kerja tangan saya tersebut.

Terdapat beberapa orang yang telah mencadangkan supaya saya membuka suatu perniagaan saya sendiri didalam bidang ini. Walaupun saya begitu teruja dengan idea ini, dimana saya boleh mempunyai sebuah perniagaan yang berkaitan dengan sesuatu yang saya sukai, tetapi saya tidak berapa pasti atas apa yang perlu saya lakukan. Bagaimana saya boleh menukarkan hobi saya ini kepada suatu perniagaan?


 Apakah yang dimaksudkan dengan pelan pemasaran? Bagaimana saya boleh menghasilkannya?


 Sekiranya saya bekerja dari rumah, adakah saya perlu bekerja sendiri atau saya boleh bekerja untuk orang lain? Adakah terdapat syarikat besar yang akan menggaji saya yang bekerja dari rumah dengan gaji yang tetap dan faedah-faedah bekerja yang biasa?

 Adakah terdapat sebarang keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan wanita yang bekerja dari rumah, seperti pengecualian cukai, geran bantuan kewangan, dan lain-lain lagi?

  Adakah terdapat satu pusat atau agensi pekerjaan yang boleh menawarkan saya kerja-kerja dari rumah bagi memperolehi pendapatan?

 Apakah jenis kemahiran yang saya perlukan untuk bekerja dari rumah? Apa yang boleh saya lakukan untuk memperolehi pendapatan dari rumah?

 Saya tidak faham bagaimana seorang setiausaha contohnya boleh memperolehi pendapatan dan bekerja untuk majikan dengan hanya beroperasi dari rumah. Sekiranya seorang majikan perlukan setiausaha peribadi tambahan bagi membantu kerja-kerja yang berlebihan, beliau biasanya akan menggaji seseorang secara sementara. Sebaliknya, sekiranya untuk jangkamasa panjang, maka beliau akan menggaji seorang setiausaha sepenuh masa. Berdasarkan kepada senario biasa ini, dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang yang bekerja dari rumah akan diambil bekerja?

 Saya terfikir untuk berhenti dari jawatan saya sekarang dan ingin melakukan sesuatu dari rumah. Tetapi saya tidak boleh terus berhenti kerja dan tidak mempunyai apa-apa punca pendapatan. Kini, pendapatan suami saya sendiri tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan keluarga kami. Oleh itu, saya perlukan pendapatan yang tetap dan stabil setiap bulan.

Malahan, saya dan suami telah beberapa kali berbincang mengenai isu tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak tahu dimana untuk memulakannya atau bagaimana. Saya tidak berani mengambil risiko. Adakah anda mempunyai nasihat atau idea untuk saya?

Bantulah saya!


 Saya berhenti dari kerja bergaji tinggi tahun lepas dan memilih untuk tinggal dirumah kerana saya rasa sangat bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya bersama keluarga. Ketegangan pada ketika itu telah hampir ke kemuncaknya dan saya fikir keluarga saya akan musnah sekiranya saya tidak melakukan sesuatu bagi mengubah hidup saya.

Sekarang, saya masih lagi berasa bersalah kerana tidak dapat membawa masuk punca pendapatan, kerana saya mempunyai pengalaman yang sangat tinggi yang boleh dikongsi dan disumbangkan kepada masyarakat. Saya rasa apa yang saya perlukan ialah sesuatu keseimbangan diantara kerja dan hidup dirumah.

Saya sangat berminat untuk bekerja dari rumah. Bagaimana saya boleh memulakannya?


 Saya berniat untuk melepaskan karier saya yang begitu tertekan dan mencabar. Selain daripada mendapatkan cuti rehat yang benar-benar saya perlukan ketika ini, saya juga mahu meluangkan masa dan tenaga saya bersama anak-anak. Saya dan suami telah membuat kira-kira dan kami masih boleh bergantung kepada pendapatan beliau semata-mata sahaja sekurang-kurangnya bagi tempoh satu tahun.

Walau bagaimanapun, saya mendapat tentangan yang hebat dari ibu saya sendiri. Beliau menyatakan bahawa rancangan saya itu adalah sesuatu yang sangat bodoh dan membazirkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kerja saya selama ini. Saya amat
sayangkannya dan sebagai seorang anak yang taat, saya tidak mahu engkar kepadanya. Tetapi saya ingin meluangkan lebih masa bersama anak-anak saya.

Jadi, siapakah yang perlu saya “lepaskan”?


 Pada pendapat saya, menjadi surirumah yang bekerja dari rumah merupakan satu profesion yang mulia. Saya harap saya juga salah seorang darinya. Saya berumur 47 tahun dan merupakan seorang wanita berkarier profesional. Walau bagaimanapun, saya mempunyai pandangan yang tinggi terhadap wanita-wanita yang berpendidikan tinggi tetapi memilih untuk menjadi surirumah yang bekerja dari rumah. Perlukah saya merasa bersalah kerana tidak meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak saya?

 Saya berada dipersimpangan – samada ingin meletakkan jawatan untuk menjaga dua orang anak-anak saya yang masih kecil atau untuk terus bekerja. Ibu saya yang telah tua lah yang telah menjaga mereka selama ini. Ianya benar-benar telah membuatkan beliau tertekan dan saya tidak sampai hati untuk melihatnya terus diselubungi tekanan tersebut. Dan keadaan ini semakin membuat saya merasa tertekan apabila anak kecil perempuan saya sendiri sentiasa meminta saya untuk tinggal dirumah bersamanya setiap kali saya ingin pergi kepejabat dipagi hari. 

Hal yang paling merisaukan saya ialah kewangan. Selama ini, saya dapat memberikan apa sahaja yang diingini oleh anak-anak saya. Tetapi jika saya berhenti kerja, ia akan menjadi lebih sukar. Saya tidak akan lagi dapat membeli barang-barang tambahan untuk mereka atau menghantar anak-anak saya ke sekolah asuhan, kelas tusyen, kelas komputer yang terbaik dan lain-lain lagi.

Dari segi kebaikan sekiranya saya berhenti kerja pula ialah saya akan dapat menjaga ibu yang telah tua dan anak-anak saya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?



 Saya telah bekerja selama 25 tahun dibank dan telah memilih skim VSS (Voluntary Separation Scheme) apabila bank-bank membuat penggabungan. Pada umur 46 tahun, saya memilih skim VSS tersebut kerana melihat masa depan saya yang tidak menentu dibank tersebut.

Selepas satu bulan menganggur, saya mula merasakan rasa rendah diri. Dengan mengetahui bahawa saya tidak lagi berdikari dalam kewangan, saya tertanya-tanya samada rakan-rakan dan saudara-mara saya akan menghormati saya lagi. Adakah saya akan dapat berbual-bual dengan mereka berkenaan isu-isu kewangan terkini? Kadangkala saya rasa sungguh tidak berguna dan bodoh dan tidak dapat mengawal setiap fikiran dan perasaan negatif tersebut. Sekarang, saya fikir saya telah membuat keputusan yang salah dan tidak dapat keluar dari masalah itu lagi. Mendapatkan khidmat nasihat dari rakan-rakan hanya membuatkan saya menjadi lebih keliru. Bantulah saya.


 Bagaimana suatu karier dari rumah mampu untuk membina keyakinan diri dan sikap berdikari seorang wanita?

 Suami saya sangat skeptikal tentang rancangan saya untuk bekerja dari rumah. Dia sentiasa mengeluarkan komen-komen seperti, ‘Macamana seorang penjual yoghurt (susu masam) boleh menjualnya secara online? Berapa banyak duit yang boleh awak dapat?
Siapa yang mahu membeli yoghurt secara online?’


 Berdasarkan kepada pengalaman anda, bagaimanakah seorang wanita bekerja boleh menyakinkan suaminya supaya menyokong keputusan beliau untuk menjadi seorang ibu yang
tinggal dirumah?



 Selain daripada kelebihan menguruskan anak-anak dan keluarga secara terus oleh seorang surirumah, adakah beliau juga mampu untuk memperolehi punca pendapatan yang sewajarnya? Ataupun, apakah had lingkungan pendapatan yang boleh perolehi oleh seorang surirumah setiap bulan jika beliau bekerja dari rumah? Pada andaian saya, bayaran bagi sesuatu tugas kerja bagi seorang pekerja yang bekerja dirumah adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja sepenuh masa atau pekerja sementara. Bolehkah anda cuba menghuraikannya?



E-mail This Page to Your Friend
Hak Cipta © Corpcom Services Sdn Bhd 2010. Semua hak terpelihara.